Thursday, September 02, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Ramadhan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan aku duduk sambil berfikir adakah cukup amalan yang telah aku lakukan di sepanjang bulan yang mulia ini?

Sepatutnya di bulan ramadhan orang berpusu-pusu ke masjid untuk bersembahyang tarawikh secara jemaah dan melakukan qiamulail. MasyaAllah, betapa besarnya pahala melakukan ibadat wajib dan sunat di bulan Ramadhan ini! Tapi malangnya, peluang ini tidak diambil oleh kita manusia, termasuk diriku sendiri. Kita alpa, hanya memikirkan apa makanan yang hendak dibeli dan tempat untuk berbuka, di mana hendak dibeli baju raya dan berapa balang kuih raya patut ditempah atau dibuat sendiri.

Kadang-kadang aku duduk sambil memikirkan jika Allah mencabut nyawaku pada ketika ini, adakah cukup segala ibadat yang aku lakukan selama aku hidup? Dapatkan segala ibadah yang aku lakukan membawaku ke syurga? Aku tidak punya anak yang dapat mendoakan aku, aku cuma punya ibadah dan amal jariah yang akan dihitung..adakah semua itu mencukupi? Entahlah.

Bulan ramadhan kali ini bagiku sungguh hiba dengan ketiadaan datuk dan nenekku. Apa yang boleh kulakukan hanyalah bersedekah doa dan ayat-ayat al-quran untuk mereka jadikan bekalan.

Kawan-kawanku, di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf di atas segala ketelanjuran perbuatan dan tutur kata yang mungkin menyinggung perasaan kalian. Sesungguhnya aku manusia yang serba kekurangan, yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini diterima Allah SWT.

10 comments:

kruel74 said...

Have a great Raya in Sarawak Bam!

Cosmic_GurL said...

Thanks Apak! Aku kenyang kek lapis thn ni :P

rozzdabozz said...

C-gurl,

Salam Eid. Maaf Zahir Batin.

Cheers..

"Mrs Z" said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri CG. Maaf, zahir & batin. Hope it's a great one for you and family.

Cosmic_GurL said...

RDB - Selamat Hari Raya to you too pokcik :)

Mrs Z - Thanks Selamat Hari Raya to you and yr family. Kirim salam to your husb for me ya :)

KaiserSoze said...

Heyya CosmicGurl! Selamat Hari Raya! Maaf zahir & Batin! Know that I've been reading but I have somehow stopped writing all together...

say hi to my fellow Manchunian will ya?

darlene said...

CG! Selamat Hari Raya!

j or ji said...

Selamat HAri Ghayo!

Aku jugak rasa takut dan hiba dengan kerenah diri sendiri yg lebihkan duniawi..

Cosmic_GurL said...

Kaiser - Hey you! I guess yr writing dah berjangkit to your wife..heheh...Selamat Hari Raya to you too :)

Darlene - Thanks dear. Slmt Hari Raya to you too

jorji - Slmt Hari Raya kat hang jugak...kita sama2 ingat-mengingatkan la yer :)

kawaii_desu said...

hey, hope its not too late for selamat hari raya wishes to u dear. this year is the first year of my raya without my arwah daddy... mmg sayu