Monday, June 11, 2007

Warkah Buat Kekanda

Kehadapan suamiku yang tercinta, semoga warkah ini menemuimu dengan selamatnya,

Kanda,

Kata-kata kanda malam tadi semasa kanda hendak turun ke bawah untuk membuat sup cendawan segera (hanya dengan menuangkan air panas) telah mengguris hati dinda. Dinda sekadar memberi tips tentang bagaimana hendak membancuh sup cendawan segera tersebut di mana dinda telah mengingatkan kanda supaya tidak meletakkan air yang berlebihan kerana ditakuti sup tersebut akan menjadi cair. Walaubagaimanapun, kanda dengan pedasnya telah menjawab,

“Ikut suka hati I lah nak letak berapa banyak air, I yang nak makan.”


Tahukah kanda bahawa kata-kata kanda itu sungguh pedih dan menusuk kalbu? Dinda tahulah kanda bukannya tidak pandai membancuh sup cendawan segera tersebut. Dinda cuma sekadar memberi nasihat. Jika kanda tidak mahu mengikuti nasihat tersebut maka tidak payahlah kanda ikut. Kenapa perlu menghiris hati dinda yang sungguh lembut ini dengan kata-kata yang sungguh pedas hingga menusuk, menikam jiwa raga?

KENAPA KANDA MENGELUARKAN KATA-KATA YANG SEDEMIKIAN RUPA? KENAPA KANDA? KENAPA?? (Ahem..ter"emo" kejap, sorry)

Dinda tahulah kanda lapar sebab belum makan. Adakah salah dinda hujan turun dengan begitu lebat hingga kita tidak boleh pergi ke Pasar Taman Tun untuk membeli makanan? Tahukah kanda hujan yang lebat semalam juga telah menyebabkan banjir di beberapa buah tempat di KL seperti di Jalan Tun Perak dan Dataran Merdeka di mana kereta-kereta mewah seperti Mercedez, BMW dan yang kurang mewah seperti Proton semuanya telah dimasuki air dan berkemungkinan enjinnya semua rosak? Kita sepatutnya bersyukur kita tinggal di Damansara, kanda.

Oleh kerana kata-kata kanda yang pedas tersebut membuatkan dinda merajuk lalu dinda telah pergi ke bilik sebelah untuk bersendirian. Maka terpandanglan dinda akan dvd berjudul “Underworld : The Revolution” kepunyaan adik dinda. Walaupun dinda telah menonton cerita tersebut, namun tergerak hati dinda untuk menontonnya sekali lagi walaupun dinda juga pada ketika itu sedang seronok menonton cerita P. Ramlee berjudul “3 Abdul” di tv2, saluran ceria anda.

Fullamakatak! Kanda, badan “Kate Beckinsale” sungguh menggiurkan. Bagaimanakah agaknya beliau mendapat badan yang sungguh menggiurkan itu? Hanya beliau sahaja yang dapat menjawabnya.

Berbalik kepada kata-kata pedas kanda berkenaan sup cendawan segera tersebut, di sini dinda ingin memberitahu kanda bahawa dinda memaafkan kanda, walaupun sehingga ke hari ini kanda tidak meminta maaf. Tergerak hati dinda untuk memaafkan kanda kerana dinda telah sempat menonton suatu adegan di dalam cerita “3 Abdul” tersebut di mana pelakon Sarimah telah berkata kepada suaminya, “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.”

Berdasarkan ayat yang sungguh mendalam isi dan maknanya di atas, dinda dengan ini memaafkan kanda, walaupun dinda rasa kanda tak tahu yang dinda merajuk dengan kanda.

Dinda sudahi warkah ini dengan serangkap pantun,

Budak-budak mandi di perigi
Lepas mandi bermain pula di tepi sawah
Diharap kanda jangan mengguris hati dinda lagi
Lagi sekali kanda buat, dinda suruh tidur kat sofa depan tv di bawah

Sekian,

Isterimu yang tercinta

23 comments:

Freak and Geek said...

that is so darn cute!

brother r*d, apo lagik... copet2 lah mintak mahap... kang kena tido kat sofa.. naya jer.. hehehhee

Angel Eyes said...

Kehadapan Adinda Sherie,
Janganlah dinda bersedih hati. Biasa lah, pasangan mana yg tidak bergaduh kan? Bawak bawak lah bersabar yea. Kuatkan semangat yg ada.
Jangan bimbang, kekanda masih menyayangi dinda. Dia tidak bermaksud utk menyinggung hati dan perasaan dinda, percayalah. Suami mana yg tak sayang isterinya kan?
Sudah, berdamai lah kamu berdua ya. Akan ku doakan semoga kasih sayang di antara kamu akan berkekalan hendaknya.

EDDY PURNAMA said...

u know what ...usually kan the husband is always right....he has the right to decide how the kuah mushroom should be....AMPUN!!!!!!!!!!!!!!!

LARI!!!!!!!!! In the style of Jack Sparrow ah lari....

tak sabar tunggu jawapan Kekanda..

oh dear ...is the mushroom soup a metaphor for something else...okay...eddy zonked out already....

Elle said...

He he baikla you. Kalau I sure confirm dapat silent treatment punya ... apa lagi kekanda, bawaklah adinda ni keluar pegi romantic dinner ke..? He he

akula said...

Akula salute the husband. (Sorry cg, we man have to stick together). But I do aggree with your Kate Beckinsale's assesment. Pheerrrhhh.

Anonymous said...

Alahai... Sup cendawan cair jer? Hahaha.. Sorry but I have to agree with Cosmic_GurL. Sup tu tak leh letak byk air. Nanti cair and tak sedap.

I know coz it's my fav. Well, it was ours actually. Erk..

(".)

p/s- Sedap lagi kalau ada potato bun. Sedap sampai juling lah!

Cik Puan Sri Quzz said...

yang...
have you check bila you last period??? lain macam emo nih..
thehheee heee...

manaaaa dia si kandaaaa tu....??? biasssaaa sangaaattt tuuuu...!!!!

Suraya said...

tuanku berdua hentikanlah gurauan manja yang hanya berpunca drp sup cendawan yang dayang2 tuanku berdua kutip di hutan kampung dusun tu sehingga habis sampai langsung tiada yang tinggal untuk rakyat. patik hamba pacal yang hina ni mewakili rakyat tuanku berdua yang dah lama tak makan cendawan.

suzequatro said...

i second freak&geak..so cute. eh kanda dinda baca ke dinda punya blog dinda?

gus said...

Oh sungguh sayu kedengaran, luahan seorang adinda tersayang.

Benar, kekanda mu mungkin terlepas pandang dan tidak menyusun kata bicaranya sehalus rasa. "Tak pa, I tak kisah cair, I haus dear" pun sudah cukup untuk mengelak gurisan di hati adinda. Mungkin kerana perjalanan yang penuh liku dek kerana bah dan trafik jam, maka perasaan kekanda telah berbaur duka dan murka, perasaan yang tidak pernah bermaksud untuk dihalakan terhadap adinda. Tapi apakan daya, kita manusia, ada waktunya tidak mampu mengelak selisih dan selumbar.

Paling penting, kelihatan saluran untuk berhubung, secara halus, tajam, manis. Pastinya kekanda sekarang sedar kesilapannya dan kemaafan yang diberikan demi kebahagiaan yang berpanjangan. Yang tinggal kini hanya waktu yang sesuai. Nantikanya di pawagam berdekatan adinda.

ytxis said...

Tidur di sofa di dalam sawah,
Berbantalkan lengan berselimutkan kain,
Daripada tidur di atas sofa di bawah,
Lebih baik kanda tidur di rumah yang 'lain'.

Lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula LIDAH suami kan sherry?

Cosmic_GurL said...

FnG - Dia dah mintak maaf pun semalam. hehehehe..

angeleyes - Terima kasih wahai dindaku angeleyes. Sbb sabar lah i tulis entry ni :p

eddy - GRRRR!!! Tunggulah bila u balik I kerjakan u betul2 wahai Eddy Sparrow!

fabmama - hehehe..semalam kanda dah masak maggi mee letup untuk dinda so dah damai dah :p

akula - Hmmpphh! Salah pun u backing ke? Ni backing tak bertempat tau :)

manggit - Kan?!! Cair mana sedap! My god, now u made me crave for potato bun yang baru kuar oven tu...

missy - period baru lepas. Muahahahahaha...eh, ni bkn pasal period..mmg hati terguris betul la..legitimate feeling tau..

lil' miss easydent - Hahahaha...ni sup cendawan dr paket la..bila plak beta suruh dayang2 kutip dr hutan ni? Silap cerita la

suze - bacalah sbb tu semalam dia mintak maaf :)

agus - Terima kasih wahai kekandaku Agus..kata2mu itu akan dinda pegang hingga ke akhir hayat :p Wah! pandai u guna bahasa istana ek? Ader darah raja2 ke? Ahaks!

Sixty - Dgrkan pantun balasan dr dinda yer..

Pagi-pagi membasuh kain,
Kuat menyental kain terpelanting;
Jika berani kanda tidurlah di rumah yang ‘lain’,
Esok pagi hilang satu anggota penting.

che'fara said...

why ur so cute?

Monster Mom said...

ala cosmic girl... biasa la tuh.. ker tak biasa? anyways... it is normal for man to say that.. i mean.. my hubby always say that to me.. but I just didn't take it seriously cos I know he didn't mean to hurt me...
so... cool babe!

Anonymous said...

i also watch that 3 abdul....so funny huh?
so very funny your post today, i smiled alone in the office and ifzan said i gila.

eh your husby cannot marah you...nanti dia ke na jual.
: )

Cosmic_GurL said...

che' fara - *blush* I kiut ke? Hehehehe...tenkiu daun keladi, lain kali puji-pujilah lagi :p

monster mom - yeah i know he didnt mean it. sajer jer nak kenakan dia in here coz i know he reads my blog :)

duperdzu wanita seksi semelaya - tapi u mmg kadang2 gila kan dzu? muahahaha...tapi tu yang best. selamat bercuti kay!

UglyButAdorable said...

muahaaaahaaa..kelakar la lu beb...mesti emo kann?? tapi nak buat camno??? dah kanda terchentaaa...hehh..hehh..

thewailer said...

this warkah is a masterpiece in itself :)

ytxis said...

Dengar sini dinda,
"Kain dijemur di atas para
Mentari pagi sangatlah terik
Dinda terlupa sesuatu perkara
Kunci cawat besi kanda dinda tak duplicate"

Anonymous said...

so kiyoooooot...;) like dis,i wanna get married too!:p

Cosmic_GurL said...

UBA - Mmg emo abis time tu tapi skang dah okay la..hehehe

thewailer - A masterpiece? really? hehehe..I do try.

sixty - Iskh! Ni dinda balas balik kay...dgr baik2...

Ambil gambar pandangan sisi
Rambut panjang mayang mengurai
Siapa cakap perlu kunci untuk bukak cawat besi
Dinda guna hammer besar sure pecah berkecai...

tiena - Errmm..this is not a reason to get married tiena :p

Mr Hobo said...

apasal jantan yang kena tidor kat sofa? apasal pompuan tak leh angkat bantal tidor kat sofa?

Anonymous said...

*tumpang lalu cosmic_gurl*

Hobo, sebab kita perempuan yang bernama isteri ada veto power!!

heh heh heh